Sunday, March 14, 2010

BERSANTAI DAN LEPAK DI BUMBUNG MASJIDIL HARAM- PART 13

Salam,

Biasa lepas Maghrib aku mesti naik ke atas bumbung Masjidil Haram(MH), sebab ini pertama kali aku sampai ke Makkah , aku suka explore perkara baru tentang MH Macam-macam ragam orang aku jumpa di atas bumbung MH ,ada yang baca Quran,  yang lepak,yang tido, yang berborak sakan, yang tekun merenung bumbung Kaabah dan ada yang memerhati orang termasuk aku.  Rupa2nya ada orang perhatikan aku,  mamat Pakistan agaknya dok tanya aku dari Malaysia ker dan offer nak tolong amikkan gambar aku....rupa2nya bukan free, lepas tu dia mintak Riyal sebab nak makan...bagilah  sekadar yang aku termampu....dunia o dunia....aku diduga di sini rupanya...


Macam biasa aku mesti posing dengan Kaabah.  Ini salah satu gambar yang aku paling suka, penuh orang di Kaabah masa ni


 1 Ogos 2008,  Tingkat satu MH


Salah satu bahagian tengah bumbung MH

Aku kagum dengan binaan menara MH ini
Tu dia seperti yang aku  cakap tadi, best lepak kat atas ni !


Aku posing lagi...jangan marah  ok...

Inilah aktiviti dan program aku hampir setiap malam selepas maghrib, baca yasin dan lepas tu lepak kat bumbung MH dan snap gambar keliling MH. Aku bersyukur sebab ini antara doa aku masa nak buat umrah dulu. Niat aku nak amik banyak gambar untuk kenang2an dan simpanan  dan Allah permudahkan aku.

2 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Tak marah...posinglah seberapa banyak pun! kelak gambar2 inilah yg akan terpahat diingatan kita..betapa kita sentiasa rindukan Baitullah...kak nab pun rasa teramat rindu akan MH...hu hu hu.

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Dari kecik saya suka snap gambar orang, bila orang snp gambar saya saya cam tak puas hati ajer...byk saya komen.angle tak ok lah..dan mcm2 lgi.

Tp kat MH apa angle pun saya tak marah dan tak pernah komplen..byk lagi saya pelajari di sini. Syukur