Saturday, March 6, 2010

CATATAN PERJALANAN MENCARI DAMAI DI HATI - UMRAH JULAI/OGOS 2008 PART 1

 Salam,

Entah kenapa aku amik masa yang lama nak share semua cerita dan gambar semasa buat umrah tahun 2008 aku pun tak tau. Sebelum CL bertolak pulang semula ke Makkah baru-baru ini  aku ada mintak pendapat,  dia kata paparkan dan share dengan kawan2 kerana mungkin akan menarik lebih ramai utk buat Haji dan Umrah di masa akan datang.

Sepatutnya aku buat umrah tahun 2004, tapi sebab banyak sangat alasan aku cari maka tertunda sehingga Julai 2008.  Selepas baca Buku Travelllog Haji oleh Prof  Hj Mohd Kamil dan Buku Haji Muda oleh Dr Hj Ridzwan hati aku dah tak boleh kawal,  meronta-ronta untuk buat Umrah....ada kawan-kawan kata nape tak buat haji terus...Biasanya jawapan aku....kalau buat haji kena tunggu giliran so sementara itu elok aku buat umrah dulu..... Aku terus daftar dengan Andalusia Travel and Tours pada 30 April 2008 untuk buat umrah pada 27 Julai hingga 6 Ogos 2008. ( Sengaja aku pilih tarikh ni sebab nak sambut birthday aku  ke 45 depan Kaabah pada 2 Ogos 2008, semoga Allah perkenankan doa aku)

Terlalu banyak peristiwa dan insiden sebelum aku gi umrah antaranya kaki aku terperosok di dalam longkang,  kena 7 jahit dalam bulan Mei 2008 dan luka tu betul-betul sembuh masa aku kat Makkah.

Persiapan serius aku nak buat umrah bermula pada 30 April 2008, jaga solat, buat solat hajat,  solat taubat dan macam-mcam lagi. Walaupun 10 hari di Madinah dan Makkah ianya merupakan satu titik tolak yang besar dalam hidup aku.  Aku dah buat beberapa catatan selepas pulang dari Umrah, tapi aku tidak bercadang untuk memaparkan semuanya. Bagi yang terlalu peribadi aku akan simpan saja dalam external drive aku.

27 Julai 2008 ( Ahad) aku tak akan lupa sampai bila-bila kerana bila melangkah keluar rumah (aku baca doa nak keluar rumah ikut buku panduan umrah)aku mula sebak dan menangis sampailah ke KLIA,  wife aku yang drive, semua anak2 aku dan sorang sepupu mereka ikut sama. Aku sebak dan menangis. Wife dan anak2 aku pun pelik,  masa  menunggu  penerbangan pun aku menangis aje.....entah kenapa....aku sendiri tak faham masa tu. Sekarang aku dah faham perasaan orang nak gi buat  umrah dan Haji....Padan muka aku ! semuanya ada sebab....( sepanjang citer umrah nanti aku akan jelaskan nape aku padankan muka aku sendiri...)
 
Sarapan bersama keluarga

 
Ni famili aku, sebelum naik pesawat...

 
Wife banyak bagi semangat pada aku masa ni,  aku dah sebak sangat.

JEDDAH:
Proses imigresen tidak banyak masalah...mula terasa panas di tanah Arab Saudi semasa menuju ke bas,  tapi dalam hati aku sentiasa ingat pesanan dari semua orang jangan tegur or komplen pasal panas takut-takut nanti panas selama aku buat umrah..... Dalam bas sejuk semula...hawa dingin bas. Aku sempat snap beberapa photo dari atas bas.

 
Gambar pertama aku di Jeddah
  
Lapangan terbang Jeddah

 
Padang pasir luas mata memandang

MAKAN MALAM DI RESTORAN YAMAN DAN SOLAT JAMA' MAGHRIB & ISYA'

 
Restoran Yaman yang menyebabkan aku sampai sekarang sukakan makanan Arab

 
Tempat lepak kalau datang bersama keluarga

 
Kemudahan keluarga jugak

 
Memang santai, angin  agak kuat masa ini...

 
Kali pertama posing kat Arab Saudi

 
Nak maghrib dah ni....senja dan damai

Lepas makan kami terus bersolat Jama' Maghrib dan Isya',  masuk bas semua nampak kepenatan termasuk aku dan perjalanan masih lagi jauh lebih kurang 4 jam untuk ke Madinah. 

Gelora hati bercampur baur, teruja pun ada bimbang pun ada...entah nape aku pun tak tau....mungkin rasa takut sebab banyak buat dosa agaknya,  takut dengan dugaan yang bakal dihadapi semasa buat umrah......yang sebenarnya itu hanyalah perasaan...Allah tidak akan berlaku kejam pada tetamunya.....cara aku nak pujuk hati aku. Terlelap entah berapa lama..tunggu entri seterusnya....

14 comments:

aznaz said...

salam rosli..


alahmdualilah..mesti masa tuh dah teruja sangat kan...

waslam

atuk said...

Assalamualikum En Rosli

Alhamdulillah
dapat menitiskan air mata kerana Allah

sesetengah manusia sukar untuk menitiskan air mata kerana Allah dan Rasulnya

Wassalam

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam saudara rosli,

kak nab pun pergi umrah pada 2008..akhir mei hingga awal jun. bila dah ke Madinah & Mekah, barulah kita faham mengapa kita "rasakan" demikian!
teruskan paparan ok..kak nab memang suka baca kisah2 di tanah suci.

S said...

salam,
Alhamdulillah.
smoga dalam rahmat Allah selalu.

sonata anak kancil said...

salam sdr rosli - jika bercerita tentang perjalanan ke Mekah & Madinah memang kita sebak....pertama kali saya mengerjakan haji....saya amat "takut"...ye lah macam rosli kata...takut sebab banyak buat dosa! macam2 perasaan timbul..tapi kita sentiasa berdoa...alhamdullilah orang kata line clear!!! lega rasa hati ini....bila tengok PDKM - alahai...memang terbayang2 seperti kita di sana kan...amat bertuah & beruntung CL di sana....

Azima said...

Salam,

Teruskan paparan tu En Rosli..saya mcm Mama Nab jgk..suka baca kisah2 kat Mekah..sebagai panduan bila nak ke sana kelak..

InsyaAllah..awal tahun dpn sy nak pi buat Umrah..skrg ni kna settle mana2 yg patut dulu di sini...

Semoga En.Rosli sekeluarga senantiasa berada dlm rahmat Allah.Amin.

rosli said...

Salam CL,

Betul tu masa tu dah teruja sangat

rosli said...

Salam Rozali,

Betul tu,bukan mudah nak menitiskan airmata kalau tidak kerana nak buat Haji dan umrah, baru saya tau hati saya dah tak sekeras dulu....byk lagi entri menarik, berdepan dengan Kaabah baru tau langit tinggi atau rendah....ego saya, degil saya dan keras hati saya...habis cair di sana...

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Banyak peristiwa yang menyebabkan saya padankan muka saya....itulah akibat saya dulu suka lepas cakap...tp sya redho...byk hikmah

rosli said...

Salam Hjh S,

Saya mmg tak putus berdoa mendapat rahmat Allah untuk diri dan keluarga....hope hidayah ini berterusan

rosli said...

Salam Hjh Zaleha ( Sonata),

Betul tu, mmg masa saya buat umrah dugaan ada, saya berdoa agar masa buat haji nnti dugaan ini saya boleh hadapi dengan lebih redho..

rosli said...

Salam Azima,

Saya akan cuba paparkan untuk berkongsi pengalaman, saya pun begitu sekarang suka baca pasal pengalaman orang lain buat umrah dan haji..

mama ju said...

salam sdr rosli

Teruja nak baca sambungan.Pegi sorang ke dgn geng TM?
Nak tgk Imran paris pegi ke blog mama.

rosli said...

Salam Mamaju,

Saya memang merancang pergi sorang sbb wife dah gi tahun 2004. Saya tidak bersama geng2 TM sengaja mengelak pergi dengan kawan2 dan orang yang kita kenal...saya betul2 nak beribadat dan tak mau cerita langsung pasal office...pergi pun tak inform mana2 kawan kecuali my boss.

Ok, saya akan masuk blok Mam ju, saya pun dapat jemputan tadi tetapi ada urusan lain. Rugi tak dapa jumpa kawan2 pdkm...