Saturday, March 20, 2010

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA FOLLOWERS DAN PEMBACA BLOG AKU

Salam,


Saya nak amik kesempatan ini nak ucap jutaan terima kasih kepada followers dan semua bloggers yang singgah di blog saya dari seluruh Malaysia, geng2 PDKM , dari benua lain termasuk dari (Saudi), Riyadh, Jeddah, Abu Dhabi, (US) Las Vegas, San Jose, Mt. Laurel Orlando (UK)Southampton, Oslo, Asia Pacific, Brunei,  Indonesia, Singapore, Cebu dan jika ada yang tertinggal saya mohon maaf.


Kepada isteri dan anak2 aku jutaan terima kasih sebab bersabar dengan minat baru aku ni iaitu menulis blog.  Kekadang berkongsi desktop dan note book, anak2 terpaksa singkatkan game komputer mereka kerana memberi laluan pada ayahnya, wife pulak kena pendekkan masa dia ber FB.


Sokongan tuan/puan memberikan satu motivasi kepada saya untuk terus menulis  terutama  Safiuddin, CL, CM dan Rozali dan semua geng2 PDKM yang banyak memberikan dorongan, semua itu amat saya hargai dan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. 


Pengalaman saya buat UMRAH 2008 sekadar pengalaman diri sendiri dan sekadar berkongsi pengalaman dan tidak ada sebarang niat untuk menunjuk atau riak,  jika sekiranya ada saya terkasar bahasa atau terlebih bergurau dan menyentuh mana-mana hati pembaca, saya mohon ampun dan maaf.

 

Jika ada kelapangan selepas ini saya akan cari bahan2 baru,  bermula dari tempat lahir saya,  sekolah rendah hinggalah tamat sekolah dan tak lupa kehidupan di kampung selama beberapa bulan bersama arwah abah dan emak saya. 

19 comments:

rezeki said...

salam rosli

satu perkongsian yg boleh dijadikan renungan dan iktibar dalam menempuhi dunia yg penuh cobaaaaan dalam menuju ke alam akhirat nanti yang pasti datang

alhamdulillah krn sudi berkongsi cerita dan pengalaman

rosli said...

Salam Rezeki,

Terima kasih tidak terhingga kerana memberikan sokongan pada saya

hilmyiskandar said...

Salam.

Pengalaman yg tak boleh dijual beli. Teruskan usaha sokongan diberikan.

Amin.

rosli said...

Salam hilmy,

Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

aznaz said...

salam from maakkah...


bravooo......

more and more story lagi nak tau...


waslam

rosli said...

Salam CL,,

TQVM atas sokongan dan dorongan. Saya akan cuba cari entri baru yang menarik

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

saya mengucapkan terima kasih juga
kerana pengalaman anda boleh memberi ilmu kpd saya

Wassalam

abang sulong said...

Salam,

Tahniah, saudara telah berjaya menyiapkan satu catatan perjalanan yang panjang mencari keredaan Allah yang sungguh bermakna bukan sahaja untuk diri anda tetapi untuk orang lain juga. Teruskan usaha anda dan selamat maju jaya.

Azima said...

Salam En.Rosli,

Terima kasih atas perkongsian tu..benar2 bermakna buat saya..untuk dijadikan panduan bila ke sana kelak..Teruskan menulis.....

Salam buat semua.

mama ju said...

salam sdr Rosli

Hobi baru ni satu yang terbaik. Peminat pun ramai. Kawan2 dr seluruh dunia datang...baguskan..
Moga terus menulis.

rosli said...

Salam Rozali,


Kita sama2 kognsi pengalaman. Saya pun suka baca pengalaman orang lain.

rosli said...

Slam abangsulung,

Terim kasih. Hope ada lagi yang saya nak kongsi lagi di masa akan datang.

rosli said...

Salam Azima,

Jika ada masa baca buku Trvelog Haji oleh Prof Kamil Ibrahim dan Haji Muda oleh Dr hj Ridzwan, jika sudah baca mesti ada kesan dlam hati. Kedua2 buku tersebut membuat hati saya meronta untuk ke Makkah tahun 2008

rosli said...

Salam Mamaju,

Betul tu, saya tak sangka ada orang berminat nak baca. Sekadar berkongsi pengalaman saya dari seorang yang begitu jahil ke arah mencari keredhaan Allah dan mencari damai di hati.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli,

teruskan minat berkarya di blog. kak nab ni sudah 'addicted' baca blog! nasib ada laptop sendiri..tak berebut dgn sesape..hehehe.

entri pengalaman di Mekah & Madinah tu sentiasa menjadi prioriti kak nab dalam mana2 blog pun!

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Betul tu, saya dah ada 3 laptop pun masih tak cukup, desk top ada satu. Tu yang saya nak upgrade laptop saya yang lama, nak bagi laju skit.

saya setuju dengan hjh, skrg bila citer pasal Madinah dan Makkah saya sentiasa teruja. Ogos ni kawan my wife pulang ke Malaysia, dia dah nikah dengan orang Madinah dan dah jadi warga Saudi sejak 4 tahun dulu.

مسافر اسلام said...

Salam en Rosli..
Maaf lewat membaca N3 tuan, seronok saya baca dan sayu je hati ini. Rasa nak pergi sekarang pun ada. syukran atas perkongsian yang tuan berikan atas coretan blog ini. semoga kita bersama-sama mendapat sedikit sebanyak pegalaman dan kenangan.
Bukan senang nak sampai di sana.
Insyallah..sampai sama ketemu lagi. salam

rosli said...

Salam MI,

Terima kasih kerana masih sudi baca pengalaman saya yang tak seberapa ini Tp saya percaya ada yang berazam nak ke Makkkah selepas ini, kerana suatu ketika saya pun macam itu dulu. Perlu motivasi untuk buat umrah .

rosli said...

Salam safiuddin,

ada kawan saya sms, dia tanya nape tidak nyatakan dugaan yang saya alami di sana, terlalu peribadi dan nanti orang takut pulak nak buat haji atau umrah.

Terima kasih kerana memberikan galakan.