Aku tak banyak amik gambar ziarah dalam Masjid Nabawi, takut kena tangkap dengan pengawal masjid. Adalah 'curi2 snap beberapa keping gambar, lepas tu cepat2 buat solat taubat. Aku yakin Allah tahu niat aku. Semua gambar di Madinah dan Makkah sebenarnya untuk tujuan simpanan peribadi masa tu aku bukannya tahu pasal blog-blog ni !. Tak sangka banyak kegunaannnya. Ada lebih kurang 500 keping gambar menggunakan hp kamera E90, Nokia 6300 dan kamera Fuji yang banyak berjasa, tetapi kamera aku tidak pernah bawak masuk ke dalam dua2 Masjid ini -takut kena tangkap dengan pengawal.
Ni gambar pertama aku snap curi2 kat dalam masjid
Pintu masuk utama Masjid Nabawi
Kubah bersebelahan pintu utama
Gambar di snap masa tengah duduk, masih takut-takut..kesian aku..yang baring tu aku tk kenal.
Kawasan ini agak panas dan tak ada hawa dingin sebab tu lengang ajer..
Kubah kat pintu keluar dekat dengan Makam Rasulullah s.a.w
Salah satu binaan dalam Masjid Nabawi
Nilah jadinya kalau snap sendiri, muka nampak lebar dan tembam..dah memang tembam pun...
Baru perasan Kubah Hijau kat belakang tulah Makam Rasulullah s.a.w.
Yang ni paling best, aku ingat ni mesti Raudah..nape lengang je orang, rupa2nya dah tersilap...baru perasan karpetnya merah....karpet Raudah hijau muda....tunggu entri selanjutnya...
Cantik salah satu kawasan siling Masjid Nabawi
Itulah hari kedua aku dan ziarah dalam Masjid Nabawi.
12 comments:
Assalamualaikum Rosli
Indah ciptaan Allah melalui manusia
tiada rasa jemu
tiada rasa bosan
Wassalam
Salam Rozali,
Baru saya faham istilah rindu pada Madinah dan Makkah.....dulu2 saya suka gelakkan orang...skrg ni gambar Makkah dan Madinah mesti nak tgk.... semua indah
salam rosli
tak kenal maka tak cinta
itulah kelebihan 2 kota suci makkah dan madinah
seperti yang dijanjikan oleh Allah
Salam En.Rosli...
Kesayuuan dan keinsafan pasti bertamu dihati bila berada di kota suci ini..Melihat kebesaran dan keagungan Yang Esa..betapa kita terlalu kerdil disisiNya.
Bila sekali menjadi tetamuNya..hati semakin rindu untuk ke sana lagi..Kota suci yg tiada bandingannya..
Salam en Rosli, jauh berjalan luas pandangan. Hebat ciptaan Allah, hebat Allah, maha agung lagi bijaksana. Tidak menghukum hambanya dengan kadar segera. Gambar yang en Rosli amik tu kalau dengan niat dan tujuan yang baik, insyallah...Allah izinkan...dan tiada mahluk yang nampak apa yg kita lakukan. Gunakan la dengan sebaiknya, semoga semangat yang di tonjolkan itu memberi daya pemangkin dan kekuatan untuk saya dan rakan2 lain utk kesana suatu masa nanti, insyallah.
Maaf tak sempat nak coment apa2, just baca sahaja. Saya selalu perhatikan dan membaca shj. Mungkin tiada masa, baru hari ini berkesempatan.
Insyallah, semoga kita bersama beroleh kebahgian. Doakan ana ya..
Salam
Salam rosli,
Akak masa mula sampai, cuaca sejuk sangat, sembahyang pulak kat dataran, dalam dah penuh, tapi hati Allah saja yg tahukan, macam tak percaya yg diri ini dah berada di tempat Rasullullah SAW. Merebas air mata bila kemakam Rasullullah SAW bila teringat akan kesusahan dan kesakitan beliau semasa menyampaikan agama islam kpd umatnya.
Solat di raudhah adalah satu keindahan kan, tak terucap dgn kata2.Menuggu N3 seterusnya.
salam rosli,
cantik gambar2 ni.
Salam Rezeki,
Betul tu, bila dah kenal kedua2 Kota baru saya lebih faham tujuan semua umat islam ke sana termasuk saya
Salam Azima,
Betul tu pertama kali jadi tetamu Allah saya sudah menanam tekad akan kembali lagi ke sini bersama isteri dan anak2. Syukur sgt dapat perasaan begitu.
Salam MI,
Jika ada fakta saya yan kurang betul sila bagi teguran. Harap pengalamn saya di Makkah boleh dijadikan sedikit panduan kepada MI dan rakan2
Salam Kak Sidah,
Pengalaman saya kecik saja , sekadar berkongsi di mana yang termampu
Salam Hjh Zainab,
Sekadar untuk tatapan sendiri, kekadang malu jugka nak paparkan sbb ada yang kelam dan gelap. Apapun hope rakan2 boleh dapat sedikt menafaat dari entri saya ini.
Post a Comment