Monday, March 22, 2010

PENAMBAHBAIKAN GAJET DESKTOP DAN LAPTOP

Salam,

Bila dah mula menulis blog ni ,  aku sentiasa nak perbaiki penulisan, percepatkan penulisan dan mendapatkan keselesaan bila mengarang.

Kebetulan Supermarket  gajet komputer Challenger di MINES sedang buat offer,  so pagi semalam ( Ahad) awal2 lagi aku dah ke sana nak cari benda2 kecik ajer seperti Notebook Cooler Pad,  Mouse Pad, Mouse yang baru dan earphone anak aku yang dah rosak....


Ini yang aku plan nak beli

Seperti biasa bila bawak anak2 ni mereka mintak macam2,  kebetulan anak bongu aku mintak desktop flat screen yang lebih besar,  senang nak main game katanya, tak sampai hati nak hampakan permintaannya.  Yang penting mereka suka dan tahu masa belajar dan masa nak bermain game.


Inilah flat screen desktop yang dia nak tu.

Bukan main tekun lagi dia mengadap flat screen yang baru tu,  yang lama aku masih simpan lagi untuk back up.  Kalau tak tukar nanti orang kata kita tak ikut peredaran zaman pulak,  yang pasti gajet komputer tak kira samada desktop atau laptop memang makin banyak di pasaran sekarang, ada murah dan ada yang mahal. Yang pasti ini salah satu cara agar anak2 kita tidak tertinggal dengan perubahan teknologi yang begitu canggih. Tp semua kena kawal...macam2 ada kat internet ni....

Aku masih ingat lagi tahun 1986,  belajar komputer 18 jam selepas grad dulu, habis belajar sepatah haram aku tak faham...dan yang kelakar nak on komputer pun takut dan takut tersalah tekan keyboard,takut fail hilang dan yang paling kelakar takut komputer tu 'meletup'....Hahahaha....memang lawak tapi dulu lawak ni  memang betul...

16 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

kita kena ikut peredaran zaman, tambah2 untuk anak2, biar meraka rasa harga diri serta rasa saing diantara kawan mereka

Wassalam

aznaz said...

salam from Makkah

alhamdulilah..wahh dah ada extra gadget...caya lah..

wslam

Che' Pit said...

salam che rosli

ahad 2 minggu lepas baru tlg kawan beli pc kat the mines tu.. kalau nak g low yatt, tak juah sgt beza, campur duit minyak, tol, lebih kurang jer..

rosli said...

Salam Rozali,

Betul tu saya setuju dan sokong

rosli said...

salam Cl,

Dua perkara yg nyata, blog saya kurang cantik dan decoration....satu lagi saya belum pandai nak edit photo agar boleh guna memori kecik. Perlu panduan dan tunjuk ajar dari rakan pdkm

rosli said...

Salam CP,

Betul tu, saya mmg jarang gi Low Yatt, kat Mines pun dah ada byk kedai gajet dan software pirate dan ori....pilih mana kita suka.

Atikah said...

Salam En Rosli,

Gadget dah tambah... pas nie leh cat blog pulak... :)

rezeki said...

salam rosli

mmg bagus teknologi sekarang berbanding kita dulu, pc besar gedabak, guna dos system je masa tu,

mmg mcm ada kat internet, tu yg kita kena selalu ingatkan anak2 dan kawal supaya tak tersasar

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam..

ini adalah antara keperluan dunia hari ni. tak beli pun tak boleh jugak, nanti anak kita ketinggalan dgn teknologi. cuma nak ingatkan anak2 supaya tidak menyalahguna.

مسافر اسلام said...

Salam en Rosli...MI nak kejar teknologi pun tak terkeja. Apa yg ada pun dah cukup...belum mampu lagi. Boleh dedahkan pada anak2, tetapi ada batasanya. Kena kawal, itu yg baik. Biasa dia rasa dihargai.

Kami semua boleh tolong utk edit blog en rosli, nak2 bila dah selalu berhubung ini...ye..

Nanti pak itam boleh tolong kan..

Ayah Zain said...

Salam Rosli,

wow, ada perubahan cantiklah blog ente ini. Baru jer beli benda alah tu, blog pun cantik

rosli said...

Salam Atikah,

Saya suka tgk blok kawan yang di cat cantik, termasuk blog Atikah.

rosli said...

Salam Rezeki,

Betul tu, kita kena kawal anak2 yg main internet..byk benda yang boleh merosakkan pemikiran mereka dan yg baik pun byk

rosli said...

Salam hjh zainab,

Saya setuju, keperluan anak2 pun kena jaga dan dlm msa yang sama kena kawal mereka

rosli said...

Salam MI,

Satu hari nanti MI pun boleh dan akan mampu, betul tu saya kena kawal skit anak2 bila mereka surf internet

rosli said...

Salam AZ,

Biasa ajer, mana ada cantik, saya belum buat apa2 lagi, cuma cari gajet untuk mudahkan kerja ajer. Bab nak decorate dan cantikkan blog ni saya kurang pandai