Salam,
Aku sempat buat umrah kelima pada 4 Ogos untuk arwah bapa mertua aku yang meninggal tahun 1987 dan umrah keenam pada 5 Ogos 2008 untuk arwah abang ketiga aku yang meninggal tahun 1995, kedua2 umrah ini melalui Masjid di Tanaim. Aku bersyukur dan berdoa agar kedua-dua umrah aku di terima Allah .
Sepanjang waktu terluang selepas solat aku mesti merayau2 sekitar dalam dan luar MH, aku nak rasa semua tempat solat dalam MH, syukurlah semua dipermudahkan dan dapat snap banyak gambar untuk simpanan aku. Antaranya :
Subhanallah
Lepas maghrib
Cantik siling MH ni
Ni kat area budak2 tahfiz
Dari tingkat satu menghadap Pancur Emas
Selepas buat Saie
Walaupun dah cover banyak sudut MH , hati masih tidak puas. Setiap waktu mesti snap gambar. Memang tak pernah puas tengok Kaabah. Aku bersyukur dan bertekad akan datang lagi bersama keluarga aku pulak. Insyallah.
2 comments:
Assalamualaikum Rosli
Alhamdulillah dapat buat Umrah untuk mereka yg tersayang, moga diterima
Gamabar tu semuanya menarik
syukur
Wassalam
Salam Rozali,
Allah permudahkan diri saya di sana. Dugaan tetap ada dan saya redho. TK
Post a Comment