Salam,
Ada satu petang tu , selepas solat asar, aku diberi kesempatan oleh Allah untuk usung dua jenazah menghala keluar pintu King Aziz, satu jenazah dapat lebih kurang 5 langkah dan lagi satu jenazah dapat lebih kurang 20 langkah. Yang mengusung semua tinggi2 tak terkejar aku.
Selepas solat taubat aku menghala ke Pintu King Aziz, tiba2 rasa macam ada yang tak kena dalam hati, macam ada yang belum aku buat lagi, keluarkan senarai doa, rasanya dah buat semua. Terus patah balik ke depan Kaabah.
Dari tingkat satu MH
Cari tempat-tempat yang aku belum sampai dan buat solat sunat di setiap tempat aku berhenti snap gambar, tiba-tiba terserempak dengan kumpulan kanak-kanak sedang mengaji Quran.
Pelajar Tahfiz
Banyak kumpulan di sini
Umur dia 10 tahun, budak Malaysia, bapak dia kerja di Makkah
Aku terlupa nama budak ni, sempat posing dengan pelajar tahfiz, sejuk perut emak budak ni
Masa mula-mula terjumpa dengan budak ini, dia pandang aku dan aku pandang dia, bila aku tanya adakah dia dari Malaysia, dia angguk dan aku terus duduk sebelah dia. Budak ni dah hafal 10 juzuk, aku kagum dengan pengorbanan ibu bapanya.
Aku tak boleh lama dengan dia sebab, guru dia dah tenung je kat aku...aku pun tak mau ganggu kelas tahfiz dia. Aku keluar ikut pintu no 65 . Puas hati sebab jumpa perkara baru di MH. Puas hati sebab dan pusing seluruh MH sebelah dalam. Syukur sangat , Allah perkenankan doa aku.
12 comments:
Salam.
Alhamdulillah, Allah mengetahui apa hajat Tuan utk bersembahyang di setiap penjuru, semuga dapat apa yg dihajatkan.
Amin.
salam from makkah..
alhamdulilah...moga saudara dapat apa yang saudara rosli cari selam ini..insyalah
wslam
Salam Hilmy,
Betul tu, saya bersyukur sangat ketika itu.
Salam CL,
Saya bersyukur sbb apa yang saya cari selama ini saya perolehi di Makkah dan Madinah. Saya redho dengan semua ini.
Assalamualaikum Rosli
Saya mengaminkan segala apa yang dihajati
Wassalam
salam Rozali,
TK dan saya amat hargainya
semuanya itu adalah gerakan dari Allah swt jua...Dia beri peluang yang bukan senang nak dapat! Tahniah...tak usung jenazah sampai ke perjalanan keluar? hubby sampai termengah2 tak terkejar sebab terlalu laju...
Salam en Rosli,
Seronok dok baca pengalaman en rosli... terasa nak ke sana...
Salam Hjh Zaleha,
Hajat di hati mmg nak usung smpi keluar, tp sebab kita ni rendah, mereka memang laju. Tp saya bersyukur wpun sekejap jer usung jenazah tu.
Salam Atikah,
Pengalaman ini saya share agar ada yang terbuka hati hendak ke sana. Saya dulu perlukan 4 tahun baru nak terbuka hati. Bila dah buat umrah terus terbuka hati nak buat haji.
Saya akan post entri perasaan saya selepas buat umrah, byk lagi nak share, persepsi saya ttg kehidupan mmg berbeza selepas balik buat umrah.
Saya terus daftar haji selepas itu.
Saya amat bersyukur kalau n3 saya dapat buka hati sapa2 di luar sana untuk buat umrah dan seterusnya haji.
Datang ke Makkah dan Madinah sebagai tetamu Allah buat saya merasakan sesuatu yang istimewa. Insyallah saya akan menyambung n3 lagi
salam...alhamdulillah...dah dapat yang diniatkan...Insyaallah apa saja niat baik...Allah beri jalan mudah...Salam ceria...di alam maya...muga tiada'toyol2 tu lg...
Salam Nailofar,
TK kerana singgah rumah saya, saya bersyukur dapat buat umrah tahun 2008 dan jugak sebagai tetamu Allah. Terbukak hati dan 'meronta' pulak hati nak buat haji. Amin.
Post a Comment