Tibalah hari yang paling sedih dan berat hati, 6 Ogos 2008, lebih kurang jam 9.30 pagi berjalan menuju ke MH dan terus ke Dataran Kaabah, selepas solat sunat dan berdoa terus saja buat tawaf wida' 7 pusingan, aku sayu dan sebak. Habis tawaf solat depan Multazam dan berdoa. Dalam hati terdetik bila aku akan datang lagi....
Tiba-tiba nampak depan Multazam dan Pintu Kaabah orang tak ramai aku menuju dapat terus ke situ dan pegang Kaabah, cuba nak panjat pintu Kaabah, tak dapat sebab beberapa orang 'melekat' di Pintu Kaabah dan tak mau turun, aku mengalah dan terus 'peluk' Kaabah sepertimana yang di ajar oleh mutawwif, letak pipi kanan aku ke dinding kaabah dan pandang Hajarul Aswad, banyak kali aku buat begitu. Tak sangka dapat peluk Kaabah, bestnya aku rasa. Masa tak mengizinkan sebab bas akan bertolak ke Jeddah lebih kurang jam 11.30 pagi.
Aku melangkah dari Kaabah menuju pintu King Aziz, toleh beberapa kali ke Kaabah dan bila sampai di tangga terakhir dekat dengan pintu King Aziz, aku duduk di tangga dan mengadap Kaabah untuk kali terakhir hari ini, masa tu tiba2 hati aku direntap, aku sayu, sebak dan terus menangis....Subhanallah....baru aku faham sepenuhnya tarikan Kaabah. Aku percaya mereka yang dah alami mesti faham apa aku rasa...terus keluar melalui pintu King Aziz dan berazam akan datang lagi bersama isteri dan anak2 aku. Moga Allah permudahkan niat aku
Lepas solat subuh terakhir di MH
Baru lepas tawaf wida', rindu pada Kaabah dah masa ni....baru aku faham apa itu rindu pada Kaabah dan MH
Selama ini aku memang tak faham kenapa kawan2 dan sedara mara bila pulang dari Makkah asyik cerita pasal rindu dan nak ke Makkah lagi. Sekarang aku benar-benar faham. Masa ni aku dah rasa apa itu rindu dan asyik bercerita pasal Makkah. Dalam perjalanan pulang ke hotel aku sedikit bingung dan sentiasa teringatkan Kaabah....inilah yang mereka semua rasa dulu, sekarang aku pulak rasa ..
Aku terus tanam azam akan datang lagi bersama2 isteri dan anak-anak aku tahun 2013. Aku dah merancang semua ini pada hari jadi aku di depan Kaabah pada 2 Ogos 2008 lalu. Subhanallah , aku rindu sangat pada suasana depan Kaabah terutamanya di waktu Subuh.
13 comments:
salam rosli,
rindu! kak nab pun amat merindui kaabah. mudah2an dapat ke sana lagi.
salam sdr Rosli ; memang teramat rindu...apakan daya...masa masih belum mengizinkan lagi....alhamadullilah , kami yang wajib dah selesai...jika pegi lagi itu sebagai bonus @ sunat...
Salam Hjh Zainab,
Kita sama2 berdoa dapat ke sana lagi. Kita semua rindu pada Makkah. Bagi yang buat sudah buat haji dan lebih 25 hari di sana lagilah rindu
Salam Hjh zaleha,
Betul tu hjh, umrah bonus bagi yang dah buat haji. Sama2 kita berdoa.
Salam En Rosli...
Pasti terasa sayu nak meninggalkan kaabah... Semoga Allah permudahkan dan murahkan rezeki En Rosli nak ke sana bersama keluarga... Aminn
wasalam
Salam.
Gitulah rindunya pada Kaabah, hanya yang mengetahui tahu jawsapannya.
Amin.
salam from makkah..
org makkah dk tunggu saudara rosli jugak di sini..insyalah
wslam
Salam Atikah,
Terima kasih atas doa itu, saya juga doakan Atikah dapat segera ke sana.
Salam Hilmy,
Betul tu, saya masih rindu pada Kaabah.
salam CL,
Hope Allah percepatkan doa dan hajat saya tu.
salam rosli
itulah erti kerinduan pada baitullah, tak kenal maka tak cinta
semoga niat rosli utk mengunjungi baitullah dan mengerjakan haji nanti diperkenankan oleh Allah
insyallah
Salam Rezeki,
Terima kasih atas doa Rezeki itu. Saya bersyukur sangat.
salam...
betul tu...bila dah ke sana pasti teringin lagi nak ke sana..rindu pada kaabah tuhan je yang tahu..lepas buat tawaf widak..nak kuar dari pintu king abd aziz..air mata tak henti2 bercucuran..subhanallah tuhan je yang tahu cam ne perasaaannyaa
Post a Comment