Friday, March 12, 2010

UMRAH PERTAMA - 30 JULAI 2008 - PART 10 DI MAKKAH

Salam,


Selesai solat Subuh aku bergegas ke Makam Rasulullah s.a.w untuk ziarah selamat tinggal dan berazam akan datang lagi Insyallah. Sedih dan sayu masa tu...

Selepas sarapan dan berkemas terus masuk bas dan destinasi yang seterusnya adalah Masjid di Bir Ali,  tukar kepada pakaian umrah, solat dan berniat umrah.  Perjalanan selama 5 - 6 jam lagi untuk ke MakkahSempat singgah di Restoran Yaman yang sama  untuk makan tengahari.
 
Salah satu pintu masuk ke Masjid di Bir Ali.

  
Cantik masjid ni

 
Pertama kali pakai ihram, memang kekok dan posing seperti biasa, takut terlucut kain ihram sebelah bawah tu.. tu yang asyik pegang jer kat perut tu...

 
Landskap yang simple tapi kemas

Dalam bas bertalbiah sampai letih dan tertido,  sedar-sedar dah dekat dengan Makkah dan lalu sebelah masjid di Tanaim.

Salah satu jalan utama ke Makkah

 
Masjid di Tanaim.

Tiba di Hotel Abeer Garden, Makkah lebih kurang jam 3.00 petang, lepas letak beg terus ke Masjidil Haram untuk buat umrah pertama. Masa ini hati aku berdebar-debar, macam2 dalam hati....takut tak nampak Kaabah....aku sangat berhati-hati ketika ini. 

Selepas mendengar penerangan mutawwif kami semua menuju terus ke Kaabah untuk buat tawaf pertama, aku terpegun tengok Kaabah, ...macam tk percaya pun ada, tp bersykur sebab aku dapat tengok Kaabah dari dekat dan jelas sangat, aku ok ajer,  tak pulak sayu atau menangis entah kenapa. Keras hati aku.. ...hari keempat ( 2 Ogos 2008), ego aku tunduk dan patah...padan muka aku. ( Tunggu entri Birthday aku)

Aku mengikut apa yang dibaca mutawwif , adakala tak dengar jadi aku baca apa yang ada dalam buku. Lengkap tujuh pusingan  tawaf aku rasa lega.  Masa solat depan Multazam aku sempat memandang tepat pada Kaabah, macam2 dalam fikiran aku,  masa tu kain ihram aku asyik nak terjatuh saja, aku tk selesa masa tu...inilah kesilapan aku masa tu sbb kain ihram aku tak sepit betul....tp sempat buat solat taubat, solat syukur dan solat hajat sekali dan berdoa panjang.

Lepas minum air zam-zam pertama di Makkah kami terus ke tempat Saie, buat 3 pusingan dan berhenti untuk solat Asar pertama di Makkah,  terus sambung saie hingga 7 pusingan. Setelah itu,  terus bertahallul,  gunting rambut mengikut syarat yang ditetapkan.  Maka lengkaplah umrah pertama aku.  Lega dan gembira sangat masa tu....tak boleh nak bayang perasaan masa tu......Tercapai hajat aku sebagai tetamu Allah dan lengkap umrah aku yang pertama.  Semoga umrah aku diterima Allah.

 
10 minit  selepas cukur botak ,  bergambar kenang2an 
Pertama kali botak seumur hidup
   
Masa ni  kat luar bilik,  gelak sendiri tengok kepala aku...macam ni rupanya bila botak licin ! 

Kalau ada masa aku akan post terperinci pasal umrah pertama,  tapi tak boleh nak janji sebab banyak melibatkan emosi dan perasaan aku......

7 comments:

KAMATO said...

yang seronok dok abeer garden ni macam duk kat malaysia, tv pun siaran malaysia

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

seronok tenguk kita botak dah tua tua ni

saya pun tersenyum sendiri tenguk cermin
kacak lagi kita ni
he he he

Wassalam

aznaz said...

salam rosli..

alhamdulilah...memag bersih masjid Bir ali tuh...

duk hotel beer garden pun seronok gak..cam duk di mesia kan..


waslam

rosli said...

Salam Kamato,

Betul tu, mmg rasa di Msia, makanan pun ok...saya selesa di Abeer HTL, dekat dengan MH

rosli said...

Salam Rozali,

Betul tu, rasa muda pun ada, rasa kacak pun ada, rasa kelakar pun ada, rasa cam pelakon kojak pun ada.....anak2 dan wife saya gelak bila dpt mms gambar saya waktu tu

rosli said...

Salam CL,

Bir ali mmg kemas dan cantik, Abber Garden tu betul belakang hotel CL...byk kenangan...nnti ada entri pasal hotel CL

rezeki said...

salam rosli

laaa, knp tak pakai tali pinggang besar tu masa berihram, itulah gunanya supaya tak terlucut dan sentiasa menutup aurat semasa berihram

sib baik tak terpijak kain tu , kalau tak , nayaaa hehehe

alhamdulillah, saya kerap botakkan kepala , rasa nyaman dan selesa hehe