Sunday, March 7, 2010

PART 4- RAUDAH DAN MAKAM RASULULLAH S.A.W

 Salam,

Hari ketiga aku mencuba lagi nak solat di Raudah,  orang ramai sangat tapi aku dah nekad....hasilnya begini :

 
Masa ni belum dapat solat dalam Raudah lagi..aku pun masih berdiri tunggu giliran

Sempat snap kawasan Mimbar lama, ada sorang orang tua tenung muka aku dan bagi laluan solat tempat dia, baik hati orang tua tu, hanya Allah akan balas jasanya...
 
Ni muka baru lepas solat hajat dan taubat di Raudah, syukur sangat. Allah mendengar setiap permohonan aku padaNya.

 
Aku rasa tak silap lagi confirm karpet hijau muda - Raudah ni...dapat sebelah belakang sekali,  orang penuh sesak menunggu.

 
Sebelah aku tu jemaah dari Indonesia-hanya aku dan Allah tahu apa ada dalam hati aku masa ni

MAKAM RASULULLAH S.A.W, SAIDINA ABU BAKAR DAN SAIDINA UMAR

 
Ini satu saja gambar yang aku dapat snap depan ketiga-tiga Makam tersebut


 
Ni muka aku yang baru dapat solat kat Raudah dan Ziarah Makam Rasulullah s.a.w, aku puas, aku bersyukur, baru aku faham nape ramai orang berebut bersolat, berdoa dan ziarah di kedua-dua tempat itu.
 
Antara pemandangan di Madinah, moden, menawan dan banyak lagi yang indah2

Secara keseluruhan lebih tiga kali aku dapat solat di Raudah dan Ziarah ketiga2 Makam tersebut, sempat kirimkan salam dari beberapa sahabat aku di Malaysia. Beberapa doa penting aku dapat  dilunaskan di Raudah. Lega dan puas hati. Terus tanam azam akan kembali semula ke sini......Insyallah...aku sangat yakin Allah mendengar doa dan permohonan aku.

Esok ziarah luar Madinah , banyak tempat menarik dan bersejarah....tunggu entri selanjutnya...

12 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli,

Alhamdulillah! solat di Raudhah...salah satu taman2 syurga.
eh..banyak jugak gambar2 yg rosli snap...cantik!

sonata anak kancil said...

Salam....memang berebut2 jemaah nak sembahyang di sini...jika musim haji sesak! alhamdullilah...dulu2 kami tak ambik gambar pun sebab tak dibenarkan bawak kamera...buat polis arab rampas je...tapi mak sedara ade beli kat sana...dapatlah jugak kenangan sikit...

diamond mumtaz said...

Salam En Rosli,

Alhamdulillah dapat solat n doa kat raudhah.

Kami org perempuan bukan main bersesak2 masa nak solat. Bertolak2 dan suasana hingar bingar. That is why dia orang asingkan jemaah-jemaah mengikut benua masa nak masuk ke situ.

Musim haji lepas dapat 3 kali ke situ tapi tak taulah nak kata sebab tak boleh khusyuk terlalu bising dan bertolak2. Saya doa agar dpt berkunjung ke sana lagi sebab x puas rasanya .

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Memang best sgt sbb dapat solat di salah satu taman syurga ini,wpun byk kali masih tak rasa puas di situ , entah kenapa...masih teringat hingga kini. Tp ttp bersyukur

rosli said...

Salam Hjh Zaleha,

Dulu wife saya pun kata begitu masa di ke sana tahun 2004, masa pendek sgt. Tak apalah yg pntg berpeluang solat di Raudah

rosli said...

Salam Normala,

Saya pun ada dengar rungutan begitu, tetapi kalau musim umrah tidak teruk sgt.

Saya jugak di fahamkan jemaah dari negara Arab lain mmg kasar dan bising.

Betul tu, kita akan sentiasa berazam untuk ke sana lagi.

abang sulong said...

Che Rosli, cantiklah Madinah sekarang. Masa saya dulu, masih berselerak je bandar madinah. Perkuburan Baqi' cuma dipagar ngan chain link je.. Sepupu saya pegi haji tahun lepas, cakap tempat tu dah dibuat tembok simen dan didirikan kedai sepanjang jalan menuju ke Masjid nabi.

rosli said...

Salam Abgsulung,

Madinah mmg semakin csntik, payung besar luar Masjid Nabawi pun dah siap sepenuhnya. Betul tu, msksn Baqi semakin cantik dan kemas. Byk lagi yang telah diperbuat lebih cantik dan moden

مسافر اسلام said...

Salam en Rosli, syukran ada azam utk datag lagi, Insyallah Allah akan tunaikan segala hajan en Rosli. Semestikan segala kepayahan dan kesusahan itu menjaminkan hasil yang sgt bernilai.
Insyallah...
Salam.

rosli said...

Salam MI,

Tk atas doa itu, saya percaya semua rakan2 di PDKM akan mendoakan antara satu sama lain.

Kak Sidah said...

Salam En. Rosli,

Memang sesuatu yang amat menyeronokkan jika dapat bersolat di Raudhah, tak boleh nak gambarkan, satu je yg akak pasti, sebelum masuk berdoa banyak2 dan selawat keatas Rasullullah SAW sebanyak mungkin insyallah akan dipermudah kan dan bersabar jangan berebut2, insyallah Allah beri ruang dan dorong kita dengan mudah , allah maha memberi keatas doa umatnya.

Ini pengalaman akak semasa disana, akak first time buat haji, tak tau langsung mcm mana rupa, dan posisi raudhah tu, sampai masa menziarah, kami diarah untuk berkumpul, dan ambik masa dari satu tempat hingga ke tempat menunggu depan raudhah, semasa menunggu akak asyik berselawat, saja dorongan hati utk melakukan selawat, bila sampai giliran kami, msia dn indonesia, maka masing2 berlari2 dan berebut, hingga ada yg terjatuh, sebelom tu akak dengar ada yg terpijak tengkok, meninggal jemaah tu ,

Akak ni penakut, jadi akak tunggu hingga habis org masuk, akak berdiri ditiang belakang, tiba2 pengawal wanita arab tu melambai akak dan dia copkan tempat untuk akak bersolat , akak bersyukur sungguh , dia kata, ibu2, sini raudhah solat2, akak apalagi terus solat sujud lama sampai tak tau nak minta apa lagi, teringat jemaah ramai yg menunggu, akak bangun selepas kira2 10 ke 15 minit, bila akak bangun je tempat akak tu mula dikerumuni jemaah , ya allah ,akak menangis kerana bersyukur sangat2.

Lepas tu pagi yg berikut nya pun begitu juga, ada pengawal lain pula yg panggil akak, jaga akak masa akak bersolat , kemudian akak minta izin nak baca quran, dia kata ok, akak duduk dekat2 setengah jam en, rosli, tu lah pengalaman akak, saja nak berkongsi dengan awak, maaf kerana panjang lebar ni.

rosli said...

Salam Kak Sidah,

Beruntung dapat pengawal jaga, itulah di bahagian masing2 di sana. Byk lagi kisah kawan2 di sana..