Seperti yang aku maklum awal-awal entri aku memang merancang nak sambut birthday ke 45 aku di Makkah dan Allah makbulkan doa aku. Aku ada sebab tersendiri kenapa umur 45 ni special sangat. Aku bersyukur sebab mendapat jemputan sebagai tetamu Allah untuk buat umrah pada tahun 2008. Walaupun buat umrah tetapi rasa bersyukur sangat.
Jam 3.30 pagi 2 Ogos 2008 aku dah bersiap nak ke Masjidil Haram untuk bersolat Subuh, kawan-kawan aku pun sama bersiap. Aku dah bagitau mereka harijadi aku hari ini. Aku menuju ke Dataran dan mencari tempat yang paling hampir dengan Kaabah. Terasa dingin di tempat aku duduk, aku percaya hawa dingin yang datang dari MH. Buat solat hajat, solat taubat.
Dekat sangat dengan Kaabah. Aku happy sangat.
Lepas solat aku keluarkan semua doa-doa. Dapat sms dari wife aku wish happy birthday(happy sangat dan sayu sangat), lepas tu dapat sms dari kawan aku Azhar Omar dan dari Ismail Shah jugak kawan aku, kami share birthday yang sama tarikh. Aku mula sayu sebab permohonan aku nak sambut birthday depan Kaabah telah Allah perkenankan. Sambung doa-doa aku.....masa ni entah kenapa aku mula sayu sangat dan sedih...air mata aku dah mula berlinang....antara doa aku, Thank you so much Allah kerana izinkan aku sambut hari lahir di sini, aku nak berubah agar lebih tekun bersolat dan berubah untuk kebaikan dan banyak lagi. Hati keras aku cair pada hari keempat di depan Kaabah.....aku bersyukur dapat rasakan begini.....dalam hati "padan muka aku"....
Kemuncak birthday aku, masa solat di rakaat pertama....aku menangis, air mata dah tak boleh ditahan-tahan lagi. Aku tak pasti surah apa yang di baca oleh imam , hati aku sayu, sedih. pilu, ego aku habis kat sini, baru aku faham....inilah yang orang selalu kata, menangis bila berdepan dengan Kaabah. Rakaat kedua pun sama, aku masih menangis dan hati aku sayu, aku sebak.....aku seakan menghayati bacaan surah imam walaupun aku tak faham langsung apa yang dibaca.....Subhanallah, alhamdulillah....Terima kasih Ya Allah..aku dan Allah saja yang tahu apa ada dalam hati aku masa tu...Finally aku sambut birthday depan Kaabah...sebak hati aku....
Baru lepas solat Subuh
Ini gambar yang aku paling sayang, genap 45 tahun , 2 Ogos 2008
Lepas solat subuh menuju ke hotel
Ramai jemaah yang pulang dari solat Subuh
Biasalah lepas Subuh semua bergegas pulang ke hotel untuk sarapan dan aku lepas tu bersiap untuk program ziarah luar Makkah yang pertama. Dalam hati aku masih teringat-ingat apa yang aku alami depan Kaabah tadi. Saat ini aku tak akan lupa sampai bila-bila dan aku mudah sayu dan sebak bila ingat saat indah ini. Subhanallah dan alhmdulillah.
18 comments:
Tahniah! dapat sambut hari lahir depan Kaabah...bersama dengan Allah swt. Hadiah yang paling istimewa dalam hidup.
salam rosli...
alhamdulilah...saudara telah mendapat sesuatu "HADIAH" yang paling berharga ketika disana..syukur ..
waslam
Alhamdulillah! Allah sayangkan Rosli, dimakbulkan permintaan. Pagi tadi dalam tazkirah, ustaz bgtau..Allah menyayangi kita semua lebih dari ibu menyayangi anaknya.
Beruntunglah sambut hari lahir di depan Kaabah...
kak nab sambut hari lahir ke-39 di masjid nabawi semasa menunaikan haji pd thn 1992..terasa amat bertuah..syukur!
hadiah besday yang paling bermakna buat che rosli..
orr kita berkongsi 2 haribulan, cuma bulan je lain, CP cepat 7 bulan ngeh ngeh ngeh..
Salam Hjh Zaleha,
Betul tu, saya dapat hadiah paling istimewa di Makkah
salam CL,
Betul tu, saya brsyukur dapat hadiah paling istimewa di Makkah
Salam Hjh Zainab,
Mesti bestakn Hjh sambut birthday tahun 1992 tu, saya boleh faham apa Hjh raskan masa tu.
Hadiah ini buat saya sentiasa ingat pada Allah berbanding dulu sebelum saya buat umrah.
Sekarang saya baru faham dan lebih faham kenapa ramai yang rindukan Makkah dan Madinah. Tunggu entri saya lagi...
Salam CP,
Memang sgt bermakna sangat, bila saya buat entri ni saya masih sayu dan sebak ..entah kenapa..tp saya lebih faham dan ska ingat sat tu bila saya sedang susah hati.
Wah CP dekat dgn birthday CL tu....bestnya setiap awal tahun...boleh sambung cuti terus...
Salam.
Alhamdulillah, Syabas! kerana birthday depan Kaabah. Tak semua merasai sedemikian.
Amin.
Assalamualaikum En Rosli
Anda adalah yg paling bertuah diantara berjuta umat Islam di dunia ini
Wassalam
Salam Hilmy,
Terima kasih. Saya brsykur sgt
Salam Rozali,
Terima kasih dan saya amat bersyukur
Salam Rosli,
insaAllah umor kita akan mencapai 47 tahun ogos 2010 ini. Berpuasa pada Ramadan 2004 semasa umrah dan mengerjakan haji 2009 mendekatkan hati ini kepada Yang Maha Esa.
Salam Limizia,
Ya ,kita akan sama2 47 tahun Ogos ini, Insyallah . Bestnya you dah buat haji tahun 2009. Giliran saya pulak mkgn lama lagi, saya berserah pada Allah untuk menjadi tetamunya untuk buat haji.Segala usaha telah dan sedang saya lakukan.
Salam en rosli..sedih saya baca N3 en Rosli. Nanti jumpa saya cerita ya...
InsyaAllah.
Salam bro ... I masih ingat lagi time 2 Aug ni. Untung u dpt sambut ulang tahun di depan Masjidil Haram. TQ for being a good friend of mine
Salam Mi,
Mmg ada cerita peribadi saya di sebalik semua ini. Semua berkaitan dengan hati, rezki dan hidayah dan doa. Mgkn satu hari nanti saya boleh share dengan you.
salam Bro,
I mmg ingat lagi semua peristiwa manis depan Kaabah tu, 3 sms masuk termasuk sms you, TQ bro, masih jadi kawan baik i, i doakan you jugak satu hari nanti dapat datang ke Makkah.
Post a Comment