Monday, March 1, 2010

BERSANTAI DI BUMI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH JANUARI 2010

 Salam,

Bagi yang dah selalu ke Melaka semua ini tempat yang biasa mereka lalui dan mereka tempuhi samada dalam perjalanan pulang ke kampung atau berulang alik ke tempat kerja. Bagi aku dan famili sekali sekala bercuti ke Melaka .....best jugak bertukar angin. Pada 2 Januari 2010, aku hadir ke satu majlis perkahwinan anak perempuan kawan baik aku Abang Salim Ahamad di Batu Berendam , Melaka. 

Lepas je makan nasi minyak aku dan famili terus ke Masjid Selat di Pulau Melaka, kat area Melaka Raya.Masjid ini cantik dan unik. Aku selesa solat kat sini dengan dua anak bujang aku.


Bersama famili aku di perkarangan Masjid Selat, Pulau Melaka, Melaka

(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 

 
Baru lepas solat, amik gambar kat luar Masjid Selat, kat belakang tu selat Melaka dan Pulau Besar .

 
Sempat posing kat taman mini di perkarangan masjid

Lepas tu aku dan famili terus ke Hang Tuah Mall dan Mahkota Parade  parking susah jugak, hujan pulak tu,  tapi anak-anak aku seronok window shopping dan cari barang-barang yang mereka suka, pilihan memang banyak dan kedai pun banyak, tak larat nak berjalan..... Lepas tu terus berjalan ke Jeti untuk River Cruise, walaupn masih siang sekurang-kurangnya dapat melihat pemandangan cantik sepanjang Sungai Melaka, Kg Morten, Meriam Lama, Siar kaki di sepanjang Sungai Melaka, beberapa Jambatan bersejarah dan banyak lagi yang tak dapat dipaparkan di sini. JOM KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH...
  
Taman mini di kawasan parking Dataran Pahlawan

(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 


Menara Taming Sari, kami tak sempat naik sebab tak cukup masa
  
Eye On Melaka, pun tak sempat nak naik

Muzium Samudera
(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015)
 
Jeti tempat bot berlabuh menunggu penumpang


River Cruise baru bermula dan bot dan baru saja menyusuri Sg. Melaka
 (atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 

 
Cantik, bersih dan air sungai dah jernih


Kg Morten, semua rumah dihias dengan lampu dan sangat cantik di waktu malam.



Kalau nak menyusuri Sungai Melaka dengan berjalan kaki pun boleh


Ni jambatan peberet aku, Jambatan Hang Jebat, ni juga hero aku..tp jambatan ini biasa2 ajer tidak dihiaspun ! 
  
Salah sebuah hotel di tengah-tengah Bandaraya Melaka
Di bawah ni nama jer Jambatan Pasar tp di hias lebih cantik dari Jambatan Hang Jebat !..
 
Salah satu binaan hiasan menggambarkan Melaka pernah dijajah Belanda suatu ketika dulu


 
Ni lagi jambatan yang dihias cantik



Ni jugak meriam dan kota menggunakan binaan batu merah zaman penjajah dulu

Bagi yang merancang nak ke Melaka silakan.... Aku pun turut bangga dengan Melaka,  atuk dan nenek aku pun asal dari Kuala Sg Baru, Melaka. CL pun asal dari Melaka.

14 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

Memang seronok bercuti di Melaka

Tambah2 lagi naik river cruise
kalau malam lagi indah

Wassalam

mama ju, said...

salam sdr Rosli

DAH LAMA TAK MAKAN ANGIN KAT MELAKA..
oo isteri orang bt 17 air hitam? saya ada sedara kat sana..nanti nak tanya emak...!

rosli said...

Salam Rozali,

Dari tahun 2002 hingga 2007 saya kerap ke Melaka bawak pasukan bola TM, tp tak sama bila kita bercuti dan bersama keluarga.Next time saya akan river cruise sebelah malam pulak...

rosli said...

Salam Mama Ju,

NNti kalau dah tau nama sedara tu bagi tau k, mak mertua saya orang panggil wak asiah ( arwah suami dia wak yunos....rumah dekat kedai makan Hamdani ( abang isteri saya) dekat parit amat pentil...entah2 mama ju bersedara dengan keluarga isteri saya....

manzlie said...

salam from maakkah...

alhamdulilah..seronok nyer berjalan jaaln dng family tersyang..


waslam

rosli said...

Salam CL,

Mmg best dapat berjalan bersama famili ni...hubungan keluarga semakin erat

rezeki said...

salam rosli

semenjak terbina lebuhraya, jarang lalu melaka bila ke kl

kalau singgah pun dalam perjalanan balik krn ke muara sg duyong, pekena sea food . rasanya dekat padang temu tmptnya

dulu , arwah ayah dan kami pernah menetap di kuaters kastam ujung pasir

CM said...

salam..

CM orang melaka...

rosli said...

Salam Rezeki,

Betul tu, saya pun dah jarang singgah Melaka, terus masuk interchange Jasin jer skrg ni klu balik Muar.

rosli said...

Salam CM,

You dulu Sek Sharifah Rodziah ker....tgk dlm blog you yg lama, rumah you Melaka kat mana?

SiNoMoSa said...

Salam En Rosli,

Wow my next destination mmg nak ke Melaka.
Sy selalu ke Melaka tp kali nie tujuan utk CCM plak hihi
En Rosli tak naik duck tour ke?

rosli said...

Salam Shima,

Banyak benda tak sempat, anak2 dan wife malas nak beratur....mereka lebih suka beratur di Hang Tuah Mall dan Mahkota Parade....saya kena ikut majoriti....duck tour tak sempat jugak....beca hampir sempat....tp pasal tukang beca tu ada hal tak jadi jugak....elok you cuba semua tu.....

abangsulung said...

Salam,

Wah..seronok melancung dgn keluarga. Dulu masa ke Melaka, ada juga naik beca.

rosli said...

Salam abangsulung,

Bila anak2 semakin membesar dan masih bersekolah mmg seronok berjalan bersama mereka, wife pun happy.