Salam,
Aku dan rombongan bertolak keluar dari Hotel Abeer Garden Makkah lebih kurang jam 11.30 tengahari, melalui lebuhraya dan tiba ke Jeddah lebih kurang satu jam lebih selepas itu.
Rehal besar di lebuhraya menuju Jeddah
Salah satu bandar luar dari Makkah
Jeddah, Tempat hukuman bunuh kepada pesalah
Berdasarkan kepada penerangan mutawwif, di sinilah pesalah dihukum mengikut syariat Islam termasuk potong tangan dan hukum bunuh, mengikut kesalahan mereka, kalau tak silap pada hari Jumaat
Antara rumah pembesar di Jeddah
Salah satu restoran unik di Jeddah
Masih banyak lagi kawasan dalam pembinaan
Unik bangunan ini
Dah sampai tepi laut.
Lebih kurang 30 minit kami di bawa bersiar-siar sekitar Jeddah, sempat amik banyak jugak gambar melalui tingkap bas. Moden bandar Jeddah ni dan aku jugak ternampak loji tempat mereka memproses air laut untuk dijadikan air tawar dan disalurkan ke seluruh Arab Saudi.
Lepas makan tengahari ditepi laut, aku dan kawan2 bersolat Jama ' Zohor dan Asar di masjid indah ini. Masa solat aku sempat melihat beberapa wajah kawan2 aku, aku dan mereka seperti bingung.... aku bertanya 2 orang kawan aku. Ini jawapan mereka " rasa macam tak berapa ok solat....nape ? aku tanya....kata mereka , rindu pada Kaabah", masyallah....aku pun rasa begitu.....macam kehilangan sesuatu hari ini. Aku rindu dan aku bingung...lama jugak aku bingung dan teringat2 Kaabah ......inilah yang aku selalu cakap di awal perjalanan umrah.....faham sangat apa itu rindu pada Makkah dan Madinah khasnya pada Kaabah. Lepas itu aku tak pernah lagi mengata atau mempersoal pada kawan2 atau sedara mara yang balik dari umrah atau haji. Alhamdulillah.
Posing lagi kat Masjid Jeddah tepi laut ni....cantik masjid ni
Laut Merah
Lapangan terbang Jeddah
Jeddah airport duty free
Yang pakai spek tu isteri Abg Mamat Khalid, pengarah filem terkenal di Msia
Antara kaum ibu yang bersama rombongan kami
Ini pulak kaum Adam pulak
Kami berlima di satu unit dua bilik di Hotel Abeer Garden di Makkah
Semua ceria sebab nak bertolak pulang ke Malaysia termasuk aku, dalam hati hanya Allah dan aku saja yang tahu, umrah pertama ini sangat bermakna pada diri aku. Azam untuk kembali ke Makkah dan Madinah tidak pernah pudar sehingga kini. "Ya Allah Kau jemputlah aku dan keluarga aku sebagai tetamuMU samada buat haji atau umrah", itulah antara doa yang aku sentiasa buat selepas solat.
SELAMAT TINGGAL MAKKAH, MADINAH DAN JEDDAH, INSYAALLAH JIKA ADA REZKI DAN ADA UMUR AKAN DATANG LAGI SEBAGAI TETAMU ALLAH LAGI....
SELAMAT TINGGAL MAKKAH, MADINAH DAN JEDDAH, INSYAALLAH JIKA ADA REZKI DAN ADA UMUR AKAN DATANG LAGI SEBAGAI TETAMU ALLAH LAGI....
10 comments:
salam from makkah..
cl berdoa semoga saduara rosli akan kesini nanti dan bertemua dng cl disni..insyalah
walsam
Assalamualaikum Rosli
"Ya Allah Kau jemputlah aku dan keluarga aku sebagai tetamuMU samada buat haji atau umrah"
amin amin amin
doa Rosli
Wassalam
Ya Allah Kau jemputlah kami sebagai tamuMu lagik!
Bila kita dah sampai di Jeddah, suasana sekeliling dah tak sama seperti di tanah haram kan...lain rasanya - betul tak??? mulalah teringat semua apa yang ade di rumah!!!
Salam CL,
Saya pun berdoa dan berharap jika ditakdirkan saya sampai lagi di Makkah, CL masih ada di sana.Amin
salam Rozali,
Terima kasih atas doa itu, kita sama berdoa dan berharap
Salam hjh zaleha,
Betul tu, masa di Jeddah , terutama di airport hampir semua berubah, saya pun gitu, tp yg pasti sampai kini saya masih ingat saat2 saya duduk depan Kaabah terutama waktu subuh. Saya bersyukur sgt.
mudah-mudahan hajat itu dikabulkan, amin
Salam Kamato,
Insyallah, dan doa saya berterusan sehingga kini.
Salam.
Alhamdulillah, kerinduan memang begitu. Nasib baik ada blog CL paling tidak terubat jua. Itulah CL Duta kita.
Amin.
Salam hilmy,
betul tu, blog CL jadi pengubat rindu kita semua
Post a Comment