Monday, March 8, 2010

LADANG KURMA DI MADINAH - PART 6

Salam,

Ini entri yang paling aku suka sebab Allah makbulkan doa aku nak bergambar di ladang kurma. Bagi sesetengah orang ini perkara biasa tetapi bagi aku ini saat yang paling indah dalam hidup aku ;
Kurma muda memang sengaja peniaga ni gantung kat pintu keluar ke ladang mereka, aku terliur dengan kurma muda ni...

 
Beginilah ladang kurma, dah macam ladang kelapa sawit kat Malaysia rupanya ! Kurma dan kelapa sawit dari keluarga yang sama agaknya....

 
Ni gambar kesayangan aku, background laptop office aku, geram tengok buah kurma tu, boleh capai dengan tangan

Lebat betul buah kurma ni,  dah ranum sangat
Geram betul aku dengan buah kurma muda ni...manis ada, kelat2 sikit pun ada, tp sedap sangat
Ya Allah !  lebat  sungguh, ada yang dah masak atas pokok
Macam2 posing,  kawan2 sibuk beli kurma aku sibuk posing bawak pokok kurma,  aku tak peduli apa orang cakap yang penting aku puas hati dengan semua pokok kurma ini !

Punyalah lebat kurma ni, yang dah kering pun ada
Ni guna E 90 aku, muka mesti lebar punya !

Ni lagi posing 'gila' bawah pokok kurma


Senyum lebar dan puas  lepas bergambar bawah pokok kurma dan shopping sikit jer  buah kurma kat sini sebab  nak betul2 shopping kat Pasar Kurma.

Aku dah semai lebih 20 biji kurma, sekarang ada lapan anak pokok yang hidup, dua aku dah hantar kampung.  Abang aku cakap susah nak berbuah,  bila aku cakap anggur  aku dalam pasu dah berbuah...dia senyum ajer...Mana tau kurma ajwa yang aku semai berbuah....boleh masuk media nanti....tapi itu bukan niat sebenar aku...Kat rumah kawan aku (Rahman) ada 4 batang pokok kurma yang dia semai selepas dia kerjakan Haji....subur pokok dia.....

Lepas tu bas bertolak terus ke Jabal (Bukit) Uhud ....sejarah perjuangan dan peperangan.

24 comments:

aznaz said...

salam rosli..

alhamdulilah..berposing sakan dia..seronok tengok...

wslam

sonata anak kancil said...

Saya tak pergi ke ladang kurma..hanya ke pasar kurma....nak pergi sendiri2 tak pandai & tak berani pun yer! ade orang buat...kami penakut! kang sapu dik pak arab ...habis! cantiknya pokok kurma...kali ni ( insyaAllah tak pasti...bila nak buat umrah nak lawat ladang ni )

Mama Tanjong said...

Salam tuan rumah,
Saya tersenyum2 menatap posing maut bawah pokok kurma tu.Mayb saya faham perasaan hj Rosli.Saya kempunan sampai skrg tk dpt masuk ladang kurma. sampai je kt situ, semua jemaah pegi gerai kurma je, menyopping sakan. Saya tk bwak duit banyak masa tuh. Kurma muda tu memang sedap sangat kan...terasa2 kat tekak ni sampai skrg.Mudah2an saya dpt sampai lagi ke situ, nak snap gambar juga...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salamm rosli,

jangan kisah kat orang yg sibuk beli kurma tuh! janji kita puas hati dapat posing dgn pokok kurma. kak nab pun pergi kat ladang kurma tu..ada gak posing sikit2!

Che'gu Mimah said...

salam

masa kerjakan haji lepas tak dpt tgk pokok kurma berbuah...dpt tgk gmbar kat sini pun rasa geram...

rosli said...

Salam CL,

Saya terlalu excited masa tu, ramai tak perasan kebetulan dalam kumpulan tu tidak ada kawan2 dari pejabat yang sama. Hilang malu masa tu, tp saya puas hati.

rosli said...

Salam Hjh Zaleha,

Tak ape, next umrah trip Hjh cari Travel agent yang mahal skit,tgk aturcara mereka, pasti satu rombongan mereka bawak ke ladang kurma tu....lepas tu hjh boleh guling sakan kat bawah pokok kurma....masa yang terbaik julai ogos atau dua bulan sblm musim haji masa tu kurma sedang ranum

rosli said...

Salam Mama Tanjung,

Saya yakin satu hari nnti mama tanjung akan sampai lagi ke sana....boleh bergambar sakan masa tu....

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Mmg masa tu saya hilang malu, posing sakan, cari pokok yang lebat2....last2 masa shopping jadi singkat utk saya.TP saya puas hati sgt masa tu..

rosli said...

Salam Chegu Mimah,

Mkgn chegu kena buat umrah pulak lepas ni mesti ada lebih masa utk ke ladang kurma. Saya pulak baru buat umrah..haji dapat giliran lambat lagi...mgkn masa tu sibuk shopping kurma pulak...

Memang geram tgk buah kurma masa tu, byk yang dah masak ranum masa tu...

CM said...

salam..


cm sempat minum teh arab kt sini...

rosli said...

Salam CM,

Betul tu, saya pun pekena teh tu, best lepak bawak pokok kurma sambil minum teh, posing lagi, shopping kurma lagi ( kita guna travel agen yang sama)...Saya selesa dengan anjuran Andalusia....jika ada umur saya nak ambil pakej haji Andalusia dan umrah bersama Andalusia jugak, cuma kena elak dari cuti sekolah...sbb terlalu ramai yg ikut pakej...

Baca komen saya di rumah CM pasal sekolah lama CM....BBBS PJ.Nostalgia pada saya...

diamond mumtaz said...

Salam En Rosli,

Lebatnya buah kurma tu. Best jugak dapat posing kat bwh pokok tu. Masa haji yg lepas , saya pergi gak ke ladang kurma tapi dah habis musim. So x dapat tengok pokok berbuah.

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

kalau diizin kan Allah
ada kesempatan kesana
saya akan posing habih2san
he he he

Wassalam

rosli said...

Salam Normala,

Selain niat umrah dan beribadah di Madinah dan Makkah, mmg niat saya nak poisng bawak pokok kurma. Itu yg posing sakan tu.....klu ikut info yg saya dapat kalau nak tgk buah kurma sedang masak ranum elok datang buat umrah 2 bulan sebelum musim haji. Lepas ni Normala boleh plan buat umrah, saya doakan.

rosli said...

Salam Rozali,

Selain kita beribadat , kalau ada niat nak posing habis2an, saya yakin allah akan perkenankan....kita tumpang memakmurkan Madinah apabila kita bershopping di ladang kurma dan pasar kurma. Saya doakan.

KAMATO said...

kalau kurma ajwa tu boleh berbuah kan sini boleh buat rekod tu sebab setakat ni dia cuma boleh berbuah tempat asal mukzizat nabi tu je, tempat lain kat tanah arab pun dia tak mau buah

Unknown said...

salam akhi Rosli..

dah beberapa kali ummi kesana , tp tak pernah lagi ziarah ke ladang kurma tu , harap2 kali ni ada ler peluang melawat gak ..

ada tempah tak netbook HP TM ? hubby dah terima pagi td..Alhamdulillah

rezeki said...

salam rosli

stok kurma anbar ku dan ajwa dah habis, mana nak carikkkk

pernah makan dan beli kurma muda tu yang dia letak dalam frezzer , tapi kalau kalah, mau batuk dibuatya

rosli said...

Salam Kamato,

Baru saya tau mukjizat buah tu, pokok kurma ni mmg slow jer pembesarannya.... ada masa saya post n3 gambar pokok tu nnti.

rosli said...

Salam Ummi,

Saya doakan Ummi dapat ke sana dan boleh melawat ladang kurma tu.

Pasal netbook tu saya belum apply lagi, baru amik borang....byk borang kena isi, tu yang saya dok delay jer ni....

rosli said...

Salam Rezeki,

Mmg kena ada stok kurma ni, yg muda tu mmg ada yg manis dan kelat, saya suka sgt, semua ni sejak balik umrah....dulu mcm tak layan jer yang mentah ni.

Kalau yg kuning besar tu manis, biasa bulan puasa mereka jual RM 40.00 sekilo. Pun sedap sangat.

Unknown said...

Asl'kum tuan yang mulia.
Menarik sungguh info gambar kurma Madinah yg tuan ambil. Bersejarah tu dlm hidup tuan. Nak tanya, boleh ke saya downloand gmbr2 menarik tuan yg berkaitan kurma utk simpanan website saya? Kalau diizinkanlah. Tkboleh tkpe. alhamdulillah. Wslm.

Anonymous said...

Assalam en rosli.sy nk tanya pokok kurma yg en tanam berbuah ke?sy sdg mencr kurma muda yg bewarna hijau utk perubatan.klu kurma en berbuah sy nk beli buah kurma tersebut.ini utk perubatan.blh emai sy nor_ma11@yahoo.com