Monday, March 29, 2010

ANGGUR DI BANDAR BARU BANGI- PART 2

 Salam,

Dalam seminggu dua ni, memang penat sangat,  balik dari pejabat dah masuk waktu maghrib dan ada sekali tu lepas isya baru sampai rumah....idea pun kekadang tak boleh nak keluar  bila dah penat begini.  
Yang ni 3 biji jer, 7 Mac 2010

Yang 10 biji ajer, 7 Mac 2010
Ada satu entri yang lama dah simpan,  masih ingat lagi anggur yang berbuah dulu,  dah makin besar,  tp musim panas sejak bulan lalu menjejaskan pertumbuhan anggur ni,  lewat membesar dan saya pun kekadang lupa siram pasu bunga dan pasu anggur ini,  dah besar sikit...tapi belum boleh di tuai lagi.

Buah sulung ni macam tunggu anak sulung,  byk dugaan dan kena banyak bersabar. Anggur ni  kecik ajer


Yang ni 3 biji sahaja, 27 Mac 2010

Yang ni semalam aku dah makan dah, ya Allah 'manisnya' (masam sangat) , saja nak puaskan hati aku. Sekarang yang tinggal yang 10 biji tu ajer,  walaupun masam aku puas  sebab yang penting anggur aku dah berbuah.  Lepas ni kalau nak tebang terus pun dah boleh.


27 Mac 2010, 10 biji sahaja


Sunday, March 28, 2010

BERSANTAI DAN LUNCH DI ALAMANDA

Salam,

Dah lama tak pergi outing bersama keluarga, jadi tengahari tadi wife dan anak pompuan  aku ajak kami sekeluarga lunch di Noodle Station, Alamanda,  saja nak tukar selera.

Salah satu wing Alamanda menghala ke Parkson

 Kat sini kami lunch.


Khusyuk tengok menu ....

Ni dia pilihan hati ,

Kuewtiau goreng pilihan anak dara aku

Ni mee hailam untuk aku.

 Wife aku makan dumpling goreng ajer, perut masih kenyang lagi makan murtabak pagi tadi.

Danial makan fish n chips dan roti bakar, lapar katanya !

Ammar makan nugget dan chips jer

Minuman kegemaran Danial dan Ammar, milo iced blended

 Kat depan Guardian Alamanda

Lepas makan2, kami ke Cold Storage cari barangan dapur. Saja nak tukar angin sikit.

p/s Aku patutnya kena mintak kebenaran dan laluan dari CM dulu sebab Alamanda ni di bawah 'jagaan' dia.




MENU SARAPAN PAGI TADI

Salam,

Pagi tadi wife aku sajikan menu cekodok pisang dan murtabak D'Royal , Serimas yang dikirim/dibawa oleh sorang kawan wife aku yang datang dari Kuala Krai , Kelantan bersama suami dia yang berjalan ke rumah sedara mara di Serdang dan Bandar Baru Bangi ( pengantin baru).

Ni dia cekodok pisang tu

Ni dia murtabak special dari Kelantan tu..tebal dan sedap sangat

Selepas digoreng dan dihidang dengan cicah bawang khas tu

Oleh kerana sekarang di Kelantan musim buah mangga,  mereka hadiahkan kami jugak buah mangga 'Emas hitam",  manis sangat,  dah tinggal sikit, sebab malam tadi aku dah makan banyak jugak.

Dah tinggal sikit, aku dah makan banyak malam tadi

Ni cara aku yang kopek dan potong, yang penting sedap dimakan

Ada lagi buah yang mereka bawak,  ini mereka tanam di kebun belakang rumah mereka di Kuala Krai, Kelantan.  Tidak rugi berbudi pada tanah. Limau manis.




SEKITAR DALAM MH- PART4 LEPAS ASAR DAN MAGHRIB- KENANGAN MANIS 2008

 Salam,

Ada lagi gambar yang aku nak share dengan kawan2 di luar sana .

Pembinaan kawasan Saie, skrg dah siap, cuba tgk blog CL

Kaabah, tidak jemu mata memandang

Lagi gambar Kaabah dari sudut sama yang dijauhkan


Bumbung MH lepas Maghrib

Dari atas bumbung MH, lepas Maghrib

Cuba tengok dalam Hijr Ismail tu, padat dengan Jemaah

Jemaah sentiasa padat lepas Maghrib dan Isya.

Rasanya cukuplah buat pengubat rindu.  Kalau nak yang terbaharu dan live dari Makkah boleh tengok blog CL dan blog Hj Arshad. Lepas ni Jeddah pulak.

Saturday, March 27, 2010

SEKITAR MAKKAH- PART 3 - KENANGAN MANIS 2008

Salam,

Ini pulak gambar sekitar Masjidil Haram dan sekitar Makkah.

 Waktu senja di MH,  berdepan dengan pintu King Aziz

Lepas maghrib di bumbung MH
Lepas Isya di Dataran Kaabah


Laluan aku pergi balik dari hotel ke MH selama 7 hari, rindu dengan suasana begini

Bahagian Luar MH yang sedang dalam pembinaan semula

Dataran Kaabah selepas waktu Zohor

Dataran Kaabah sebaik Solat Subuh selesai

Aku rindu pada setiap waktu di MH, lebih2 lagi waktu Subuh.

Friday, March 26, 2010

SEKITAR LUAR MAKKAH 2- KENANGAN MANIS 2008

 Salam,

Ini lagi beberapa gambar yang sempat di snap masa ziarah luar Makkah.


LUAS PANDANGAN PADANG PASIR MENUJU KE LADANG UNTA

RASA MACAM NAK BELI JER LADANG UNTA NI ...TAPI TAK CUKUP BUDGET !

MESIN TENUN KAIN KISWAH

GAMBAR SEJARAH DI MUZIUM

GAMBAR TELAGA ZAM ZAM  BARU SEKARANG

BAHAN SEJARAH PENTING

SALAH SATU PENUTUP HAJARUL ASWAD YANG LAMA

 PANDANGAN DARI DEPAN PANCUR EMAS YANG LAMA


TIANG LAMA,  TAK SURE SAMADA MASJIDIL HARAM OR MASJID NABAWI


Lepas ni gambar2 luar Makkah dan sekitar Makkah dan jika ada masa sekitar Jeddah,  ada lagi beberapa gambar yang belum dipostkan lagi.


Thursday, March 25, 2010

SEKITAR LUAR MAKKAH - KENANGAN MANIS 2008

 Salam,

Beberapa gambar sekitar luar  Makkah.

Salah satu jalan utama menuju Makkah

 Masjid Tanaim dari jauh

Lebuh raya menuju MINA

Luas pandangan 

Jabal Rahmah dari kawasan parking bas

Khemah Jemaah Haji

Stadium Bolasepak memang sengaja di bina jauh dari Makkah

Jabal Thur dari jauh


Tunggu ada lagi gambar 2 ,  termasuk Ladang Unta,  Muzium Makkah dan Madinah, lepas tu sekitar MH dan Jeddah.  Sekadar berkongsi gambar menggunakan kamera murah ajer