Thursday, March 11, 2010

ANTARA MENU PENTING BILA SELERA MERAPU !

Salam,

Aku, wife dan anak2 seolah-olah satu kepala,  bila dah makan macam-macam ,  adakala dalam satu hari tu mesti dah tak tau wife nak masak apa,  so biasanya wife akan bertanya, "NAK MAKAN LAUK APA MALAM NI"......biasa aku dan anak2 akan cadangkan...sambal sardin....beginilah sambal  sardin tu.....wife memang suka letak air limau kasturi dan daun limau purut.



SAMBAL SARDIN (Ini resepi wife aku)

1 tin besar sardine AYAM BRAND
1 biji bawang besar dihiris nipis
4 ulas bawang putih
6 biji cili padi (ikut citarasa – lebih pedas lebih bagus!)
6 helai daun limau purut
2 biji limau kasturi

Cara-cara masak dan tumis :
Tumbuk bawang putih dan cili padi ( tak perlu lumat2 )
Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar tadi. Goreng hingga kekuningan dan masukkan pula bahan yang ditumbuk.
Tumis hingga garing, masukkan daun limau purut yg dikoyak2.
Masukkan sardine, kacau dan masukkan secawan air. (Belah ketulan sardine menjadi ketulan kecil tetapi tidak hancur supaya sambal sardine tidak hanyir)
Akhir sekali perahkan limau kasturi, masukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa.
Siap untuk dihidang.

MAGGI KARI BERKUAH

Aku pulak kalau lapar dan malas nak makan nasi,  aku mesti masak maggi kari.  Ini nasihat kepada penggemar maggi,  kalau boleh jangan tiap2 hari makan maggi. Selangkan 3 hari sekali.  Bahan yang boleh mendatangkan mudarat pada badan kita adalah wax yang ada pada maggi tu dan kedua msg.( Nestle dan maggi jangan saman aku pulak). Resepi ini khas untuk CM dan penggemar maggi.

Maggi kari satu, telur, cili api 5 biji dan sayur ( ikut selera kita dan apa yang ada dalam peti ais kita)

Aku suka guna periuk kecik ni.

Dah siap untuk dimakan....kali ini aku masukkan kobis

Ini cara aku masak maggi :

  • masukkan air satu cawan penuh dalam periuk kecik dan didihkan,
  • masukkan perencah  maggi, masukkan cili api  yang siap di potong,masukkan sayur kegemaran kita dan lepas tu masukkan telur.( aku suka sayur sawi, kacang panjang atau kobis)
  • akhir sekali masukkan maggi ( patah empat) jangan lama sangat biar maggi tu....aku suka maggi tu biar keras dan kenyal sikit.
  • Masukkan dalam mangkuk  dan sedia untuk dihidang.
  • Makan masa tengah panas dan masih berasap .....baru lah terangkat...
Selingan sebelum masuk entri baru aku buat umrah pertama pada 30 Ogos 2008. Tungguuuuuuuu

10 comments:

aznaz said...

salam rosli..

alhamdulilah...takdapat makan dapat tengok pun oklah...

waslam

CM said...

salam en rosli

ada satu lg cara lg masak maggi ditumis bersama sambal sardin,,,perrgghh sedappp..tapi resepi en lie ni pun sedapp tu,tq for sharinnggg..

cl tu peminat sardin tahu kan???

rosli said...

Salam CL,

Saya mmg tak tau you peminat sambal sardin, masuk buku tiga lima ok, Julai ni kita jumpa lagi..

rosli said...

Salam CM,

Betul tu ,maggi kalau masuk sardin mmg sedap. Jom nanti kita masakkan untuk CL.

aznaz said...

salam saudara ku Rosli.


wahhh banyak dia masukkan dalam buku 3lima nih..biar betul..nanti cl claim kan..heheheeh


waslam

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

saya rasa kita serupa, menu yg sama apabila isteri dah tak tahu nak masak apa

tapi mee segera, saya dah tak berupa suka
kerana masa bujang, menu utama tu

Wassalam

rosli said...

Salam CL,

Betul ni CL, nnti claim....kita bincang menu sekali

rosli said...

Salam Rozali,

At least kita ada kawan , menu yang sama...
cuma maggi jer tak sama...

saya ada legacy....dua anak lelaki saya pun suka maggi...botaklah kepala budak2 ni....dulu kan orang suka cakap, sapa suka maggi cepat botak...

Zie said...

Salam En. Rosli,
Sesekali cuba buat sardin masak kicap, ok juga.. ikannya goreng dulu, kuah tak payah masuk. Pastu tumis cili padi, halia dan bawang putih/merah yang telah ditumbuk, masukkan air asam jawa dan kicap manis.

Kalau terlebih rajin boleh cuba buat sardin sendiri menggunakan periuk tekanan tinggi selama kira2 1 jam (api kecil). Bahan2nya ikan segar tuna/sardin, tomato pure, cili (jika suka), bawang putih & merah, halia dan garam secukup rasa. Lepas tu boleh masak macam biasa.

Saya pun suka sardin, macam siti nurhaliza jugakkk... hehehe

rosli said...

Salam Zie,

Waaaaaaa , baru saya tau Siti Nurhaliza suka makan sardin....boleh geng ni....

Bagus jugak dapat tips buat sardin sendiri tu....nnti saya mintak 'MEM BESAR' saya cuba pulak.