Tuesday, March 9, 2010

JABAL UHUD - PART 7

Salam,

Dalam bas aku masih teringat saat2 manis di ladang kurma.  Destinasi seterusnya Jabal Uhud, banyak sejarah di sini , Makam Para Syuhada dan banyak yang diceritakan oleh Mutawwif kami, Ustaf Jaafar Nasution ( dari Sumatera);

 
Jabal Uhud dari jauh, di  antara  salah satu Gunung yang ada di Syurga, Subhnallah

Pahala menziarahi dan menguruskan jenazah sebesar Jabal ini, fakta yang aku perolehi dari mutawwif (aku tak pasti dari hadis or Al Quran),  maafkan aku bila bab2 hadis dan Al Quran ni, aku mengaku tak arif.

  
Mesti nak posing jugak


  
Kawan-kawan serombongan dengan aku 

Latar belakang Makam Para Syuhada,  salah satu notice board tu tulisan Bahasa Malaysia- aku bangga jadi rakyat Malaysia

Yang paling panjang tu Makam Saidina Hamzah bersama-sama dengan lebih 60 orang pejuang yang syahid semasa perang Uhud ( kalau ada  tersalah fakta maafkan aku)
Nilah dia papan tanda Bahasa Melayu tu.

 
Selamat tinggal Jabal Uhud, ada umur kita jumpa lagi

Aku percaya semua orang masih ingat lagi sejarah Perang Uhud,  so tak perlulah aku bercerita panjang kat sini. Lepas ni Masjid Qiblatain...

13 comments:

aznaz said...

salam rosli,

cl pun bangga bila ada tulisa bahasa melayu..takakan hilang melayu di dunia...


waslam

sonata anak kancil said...

salam sdr Rosli - seingat saya masa saya pergi ke sini tak ade lagi papan notis ni...bangga Bahasa Melayu berada di bumi Arab....saujana mata memandang kawasan ini dan Jabal Uhud.

rosli said...

Salam CL,

Betul tu....Melayu tidak akan hilang. Sama2 kita jaga bangsa kita

rosli said...

Salam Hjh Zaleha (SAK),

Mgkn Hjh tak perasan sbb notice board tu mcm dah lama, saya pun tak sure berapa lama dah kat situ.

Luas Jabal Uhud ni

Kak Sidah said...

Salam Rosli,

Mutawif akak cerita pada masa banjir tahun.. akak tak ingat, jasad para shuhada tu semua naik keatas dan keadaan jasad tu seperti org hidup, darah masih mengalir, mereka dikebumikan semula disini..itu lah allah nak tunjukkan kebenaran dan kebesarannya.

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

mukin kerajaan Arab kenangkan jemaah Malaysia yg baik dan sopan, itu sebab dia tulis bahasa Malaysia

Wassalam

rosli said...

Salam Kak Sidah,

Byk cerita2 takjub dan hebat kita dengar dari sana. Itulah kehebatan para sahabat dan pejuang di zaman Rasulullah

rosli said...

Salam Rozali,

Betul tu, mgkn jugak mereka nak bagi penghormtan pada jemaah, Malaysia, Indonesia, Brunei, Selatan Thailand dan semua yang menggunakan Bahasa Melayu

abang sulong said...

Salam,

Perasaan tak kat airport jeddah. Ada juga perkataan Selamat Datang yang di tulis besar di atas bangunan airport tu.. Kat masjid Qiblatin pun ada juga kalau tak silap.

rosli said...

Salam abangsulung,

MMG byk perkataan Bahasa Melayu, ada yg saya tak smpt snap. TK atas info tersebut.

safiudin.com said...

salam tuan,

semakin jauh kita berjalan terasa bagai di bumi sendiri...


ps: dah pandai sekarang menulis n3 dengan ayat-ayat santai.. tahniah..

rosli said...

Salam Safiudin,

TK atas compliment tu, saya cuba buat seberapa ringkas tetapi pembaca dapat info dan kita berkongsi maklumat.

Tk atas sokongan tuan dan bagi galakkan masa kita jumpa di Masjid Januari lalu. Catatan dah lama saya buat, tp masa tu belum ada keyakinan nak menulis masa tu. Tk sekali lagi.

مسافر اسلام said...

Salam en Rosli...bila buka cerita tentang perang uhhud ini...MI terigat sejarah Rasullah. Sedih bila tinggal beberapa org shj yang tinggal di bukit uhhud, yang tidak menlanggar arahan Rasullulah ketika itu. Yang lain semua dah turun dari bukit tu. Sedih ketika itu, bila kita selami dan hayati sejarah perjuangan Rasullah.

Semoga apa yang kita tahu, kita boleh kongsi bersama. Syukran.