Tuesday, March 16, 2010

ZIARAH LUAR - LADANG UNTA, MASJID HUDAIBIAH DAN MUZIUM MAKKAH DAN MADINAH - PART 17

 Salam,

Pada 3 Ogos ( Ahad) kami ziarah luar Makkah kedua .(pilihan dan kena bayar sendiri) Tiga destinasi  kami singgah, yang pertama Ladang Unta.  Aku membayangkan ladang ni mesti besar, ada pagar dan rumah tempat kita membuat lawatan menyeluruh.  Bas kami berhenti di tepi jalan di satu kawasan lapang di tepi jalan dan ramai orang singgah di sini, rupa2nya inilah Ladang Unta tu...bukan merendahkan ladang mereka tetapi aku terkejut rupa bentuk ladangnya.  Ini dia :

Luas jauh mata memandang ladang unta ini

 Unta-unta ni friendly sangat, mata unta ni kuyu jer..dia suka kita belai dia, unta betina agaknya ni....

Gambar ni aku suka tengok, sebelah aku tu tempat tidor penjaga ladang ni,  simple saja,  ada radio, dapur masak ,satu almari dan katil bujang, dia tidor open air , tapi mereka mesti loaded sebab unta ada banyak dan susu unta mesti laku setiap hari


Destinasi kedua,  aku ni memang teringin sangat nak tengok Masjid Hudaibiah yang terkenal dengan Perjanjian Hudaibiah tu.  Tapi yang tinggal adalah ini :

Ini saja tinggalan binaan Masjid Hudaibiah yang asal di zaman Rasulullah s.a.w

Ahli rombongan lain tekun mendengar penerangan sejarah Masjid Hudaibiah yang asal,  patah tumbuh hilang berganti,  belakang tu Masjid Hudaibiah yang baru.

Well you know me,  aku mesti posing jugak dengan Masjid Hudaibiah yang asal. Jangan marah brother and sister....

Habis saja penerangan aku tukar kepada pakaian ihram, solat sunat dan berniat umrah keempat dan kali ini aku niatkan untuk arwah emak aku, dia meninggal tahun 1991. 

Kemudian terus menuju ke destinasi ketiga iaitu Muzium Makkah dan Madinah,  kat sini banyak yang aku dapat lihat gambar2 asal Makkah dan Madinah sejak zaman dulu. Sempat posing seperti biasa.

Posing depan pintu masuk muzium

Aku dengan Musa, sorang lagi roomate aku di Makkah,  belakang tu salah satu tangga asal untuk ke Pintu Kaabah (Multazam)


Binaan asal telaga zam-zam pun ada di sini

Salah satu penutup asal(nama sebenar aku tak tahu, mintak maaf) Hajarul Aswad

Pancur emas dari dekat, Subhanallah

Salah satu Pintu Kaabah yang lama, masih cantik dijaga oleh pihak Muzium

Sekali lagi posing depan pintu masuk utama muzium

Lepas tu bertolak terus ke Makkah  buat umrah keempat yang aku buat khas untuk arwah emak aku.  Alhamdulillah. Semoga Allah menerima umrah yang aku buat khas untuk arwah emak aku.

12 comments:

aznaz said...

salam from makkah..

ada tak minum susu unta..?

sedap dan bagus untuk badan tau..

wslam

Zie said...

Salam En. Rosli,

Ohh sedap minum susu unta, macam letak vanila pula...

sonata anak kancil said...

Alhamdullilah, dapat tengok kat sini dah bagus...saya tak berkesempatan ke sini. TK kongsi maklumat...buat reference

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli,

kak nab ada pergi masa umrah tu. ada juga yang beli susu unta..mutawif cakap boleh buat cuci muka..jadikan macam mask & kulit tegang..awet muda..heheheh.

rosli said...

Salam CL,

Saya cuba jugak, tp saya tak lalu. Geli geleman masa tu, kawan2 sedap ajer...

rosli said...

Salam Zie,

Mmg betul tu, rasa vanilla pun ada, cuma saya tak lalu.

rosli said...

Salam Hjh Zaleha,

Betul tu, next time boleh plan mana nak tuju, saya pun ada beberapa tmpt sejarah tak gi termasuk Gua Hira'

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Betul tu . boleh awet muda

abang sulong said...

Salam,

Teringat masa di Madinah. Masa tu awal pagi baru balik dari Masjid Nabi. Mana tak sedap, susu unta pure dipanaskan dalam satu tong besar. Sapa nak minum ambik segelas kemudian campur ngan nescafe. Fulamak..sedapnyer Che Rosli..

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

saya pernah minum juga susu unta
mula2 rasa lain macam, lepas sedap pulak

Wassalam

rosli said...

salam Abangsulung,

Next time saya akan cuba lagi...best tu bila campur nescafe

rosli said...

salam Rozali,

Next time kalau ada rezki saya akan cuba lagi